Mengapa manusia masih tidak sedar bahawa mereka berada dipengakhiran zaman.. subhanaAllah .. sedangkan mereka tahu bahawa sudah banyak tanda tanda kiamat kecil yg sudah berlaku..
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari
Hakikatnya : benda da jadi da..
2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Sahih Muslim
Hakikat : subhanaAllah banyak da berlaku..
3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...
4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
Hakikat : memang dah nampak dah..
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu, ada kawan pun bermuka2.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
Hakikat : boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
Hakikat : jiran sesama Islam pun tak bertegur sapa .. hanya yang kita kenal sahaja yang kita tegur ..
8) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
Hakikat : fesyen zaman skarang .. kita sendiri boleh nampak..
9) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
Hakikat : tak caya gi tengok...
10 ) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
Hakikat : try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...
11) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
Hakikat : tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke penipuan Amerika dan Britian...
12) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim
Hakikat : Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Wallahualam.
Marilah kita sama sama mendekatkan diri kepada Allah selagi pintu taubat masih terbuka.. pernah kah kite terpikir apa yang akan kita bawak di pertimbangan kelak? Amalan yang baik mahupun amalan yang buruk .. syurga atau neraka? Wallahualam..